Tuesday, November 18, 2008

Analisis Bahagian C dan D

Analisis bahagian C dan D

Bagi bahagian kedudukan pihak berkuasa tempatan di Lembah Klang, daripada data yang telah diperoleh dan dianalisis, kami mendapati bahawa rata-rata responden memilih pihak berkuasa tempatan Putrajaya dan Cyberjaya adalah pada kedudukan yang paling atas. Hal ini adalah kerana, kawasan Putrajaya dan Cyberjaya dilihat sebagai bandar yang paling efisien dan berada pada tahap yang paling memuaskan. Kedudukan ini disusuli dengan pihak berkuasa tempatan di Shah Alam yang dilihat masih boleh dibanggakan dan efisien. Seterusnya, pihak berkuasa tempatan Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Subang Jaya,dan Sepang. Bandar-bandar ini juga berada pada tahap yang agak memuaskan dan menunjukkan kecekapan pihak berkuasa tempatan dalam menjalankan tugas. Kemudian, ia disusuli dengan pihak berkuasa tempatan Ampang Jaya, Klang, Kajang, Selayang, Banting, Kuala Kubu Baru dan akhir sekali Kuala Selangor. Kuala Selangor dilihat paling tidak efisien berdasarkan kepada kemudahan yang masih tidak lengkap, persekitaran yang tidak sempurna dan masalh-masalah lain yang dilihat masih banyak untuk diperbaiki. Oleh itu, ini memperlihatkan pihak berkuasa tempatan Kuala Selangor harus menjalankan tugas dengan lebih cekap untuk mengatasi masalah yang melanda penduduk di kawasan tersebut. Kedudukan Kuala Selangor yang agak terpencil di kawasan Lembah Klang juga menyebabkan tidak banyak pembangunan yang dapat dijalankan.


Bagi data tahap keefisienan bandaraya Kuala Lumpur, daripada kajian yang telah dijalankan ke atas responden kami di kawasan kajian, iaitu Shah Alam, kami mendapati bahawa persepsi mereka terhadap tahap keefisienan bandar Kuala Lumpur adalah baik dan perlu dipertingkatkan lagi. Masalah-masalah yang dilihat terdapat di sana adalah seperti kesesakan jalan raya, peningkatan pendatang asing dan pembangunan yang terlalu padat. Kebanyakan responden melihat Kuala Lumpur sebagai bandar yang sangat membangun dari segi infrastruktur dan pembangunan. Oleh itu, tahap keefisienan bandar Kuala Lumpur adalah sangat memuaskan kerana kemudahan-kemudahan yang terdapat di sana adalah mencukupi mengikut keperluan yang diperlukan oleh penduduk setempat. Selain itu, Kuala Lumpur dilihat sebagai pusat kemajuan Malaysia sebagai ibu negara Malaysia dalam menarik minat pelancong untuk melawat Malaysia di samping para pelabur untuk melabur di Malaysia. Namun, masalah-masalah yang masih terdapat di Kuala Lumpur haruslah ditangani agar dapat melambangkan sebuah bandar yang begitu maju dan membangun. Pihak berkuasa tempatan Kuala Lumpur harus mengambil perhatian terhadap masalah kesesakan jalan raya yang melanda Kuala Lumpur di samping masalah lain seperti kemasukan pendatang asing yang banyak ke kawasan tersebut. Hal ini adalah kerana, Kuala Lumpur sering dilihat menghadapi masalah kemasukan pendatang asing yang banyak sehingga mendatangkan ketidakselesaan kepada penduduk setempat khususnya pada waktu hujung minggu. Ini sekali gus mendatangkan masalah kepada warga tempatan khususnya yang ingin membawa keluarga bersiar-siar ke tempat tersebut kerana kawasan tersebut telah dihujani dengan ramai pendatang asing seperti negara mereka sendiri.

Bagi bahagian bab pengalaman yang dialami oleh responden sepanjang 5 tahun di kawasan kajian, kami mendapati bahawa kebanyakan penduduk di kawasan kajian iaitu Shah Alam mengalami masalah banjir, kesesakan jalan raya, pecah rumah, jenayah ragut dan masalah pengangkutan awam yang tidak cekap. Masalah banjir merupakan fenomena biasa yang sering melanda penduduk di kawasan Shah Alam dan negeri Selangor. Hal ini adalah kerana, rata-rata responden memberitahu bahawa sistem perparitan yang tidak sempurna menyebabkan masalah ini berlaku. Malah, sikap penduduk itu sendiri yang suka membuang sampah ke dalam longkang menyebabkan longkang tersumbat seterusnya menjadikan laluan air yang tidak sempurna dan mengakibatkan masalah banjir apabila hujan turun dengan lebat. Selain itu, Shah Alam juga mengalami masalah yang teruk dari segi kesesakan jalan raya terutamanya pada waktu-waktu kemuncak dan musim perayaan. Hal ini memberikan tekanan kepada penduduk kerana masalah ini masih berlarutan dan merupakan masalah utama di kawasan Shah Alam. Ini sekali gus menunjukkan ketidakefisienan kawasan Shah Alam itu sendiri. Manakala bagi masalah sosial seperti masalah pecah rumah dan kes ragut merupakan salah satu masalah yang sering terjadi di kawasan maju seperti Shah Alam yang padat dengan penduduk. Penduduk di kawasan Shah Alam juga menghadapi masalah pengangkutan awam yang tidak cekap apabila mereka menghadapi masalah untuk mendapatkan bas dan teksi. Malah pemandu teksi juga tidak menggunakan meter dalam setiap perjalanan yang dilakukan.
Dalam bahagian persepsi responden terhadap aspek bandar yang efisien, kami mendapati bahawa persepsi penduduk Shah Alam terhadap aspek bandar yang paling efisien ialah apabila kawasan mereka dilengkapi dengan banyak kemudahan asas yang sempurna. Kemudahan asas merupakan perkara penting dalam menentukan keefisienan sesuatu bandar. Kemudahan asas yang lengkap merupakan satu keperluan kepada semua manusia. Oleh itu, rata-rata responden memberikan aspek bandar yang paling efisien ialah kemudahan asas yang lengkap dari segi medan selera, taman rekreasi, pusat hiburan, kemudahan pengangkutan awam yang cekap dan kemudahan perkhidmatan pelanggan yang sempurna. Malah, penduduk juga turut menekankan aspek alam sekitar sebagai salah satu aspek bandar yang efisien. Hal ini adalah kerana, kemusnahan alam sekitar boleh memberikan kesan negatif kepada sesuatu bandar dan kepada manusia sebagai penduduk di muka bumi ini. Malah, pembangunan yang pesat di kawasan Shah Alam menunjukkan bahawa alam sekitar semakin dieksploitasi demi kemajuan bandar tersebut.

Manakala, persepsi responden kami bagi aspek bandar yang tidak efisien pula ialah rata-rata responden di kawasan kajian iaitu Shah Alam memberi persepsi bahawa aspek bandar yang tidak efisien adalah seperti kemudahan asas yang tidak lengkap, aspek persekitaran yang kurang memuaskan seperti persekitaran yang kotor dengan sampah sarap yang memberikan pemandangan yang tidak enak untuk dilihat. Selain itu, masalah kemasukan pendatang asing ke kawasan Shah Alam yang memberikan keadaan yang tidak selesa kepada penduduk setempat. Hal ini sekali gus telah menyebabkan masalah gejala sosial berlaku di kawasan tersebut seperti masalah ragut, pecah rumah dan kecurian yang berlaku sehingga penduduk berasa kurang selamat di kawasan sendiri. Responden juga memberi persepsi bahawa masalah yang melibatkan jalan raya juga adalah antara aspek bandar yang paling tidak efisien. Hal ini adalah kerana, penduduk merasakan bahawa masalah seperti kesesakan jalan raya, jalan berlubang dan jalan tidak rata adalah masalah utama yang sering terjadi di kawasan-kawasan maju yang padat dengan penduduk. Ini menjadikan masalah yang berhubung dengan jalan raya adalah yang paling tidak efisien bagi sesebuah bandar yang maju seperti kawasan Shah Alam.


Secara keseluruhannya, tahap keefisienan bandar di kawasan kajian kami iaitu Shah Alam, kami mendapati bahawa kawasan Shah Alam masih lagi pada tahap sederhana dan perlu dipertingkatkan lagi. Rata-rata responden berpendapat bahawa pihak berwajib iaitu pihak berkuasa tempatan perlu mengambil langkah yang efektif agar masalah yang berlaku di kawasan mereka dapat diselesaikan dengan segera. Responden menyatakan bahawa sistem pengurusan yang cekap mampu untuk menjadikan sesebuah bandar itu menjadi efisien. Malah, responden turut bersetuju sekiranya keefisienan bandar itu meliputi kemudahan asas yang mencukupi mengikut keperluan penduduk, jaringan pengangkutan yang cekap dan pengurangan masalah gejala sosial di kawasan mereka. Sekiranya Shah Alam ingin mencapai tahap keefisienan bandar yang tinggi, kawasan Shah Alam itu sendiri harus berubah menjadi lebih bagus dan masalah kekurangan yang terdapat di bandar tersebut dapat diatasi.

Analisis Bahagian B

Analisis bahagian B

Dalam bahagian B borang soal selidik meliputi 13 perkara yang melibatkan ekonomi, budaya dan kerajaan misalnya.Secara keseluruhan hasil maklum balas daripada responden tentang ekonomi di kawasan kajian didapati bahawa terdapat beberapa komponen ekonomi di Bandar shah alam diakui efisyen. Dalam sektor pekilangan, restoran dan pendidikan mendapati maklum balas responden mengatakan komponen-komponen tersebut adalah efisyen. hal ini terbukti kerana terdapat banyak kilang-kilang sekitar kawasan kajian conhohnya kilang hicom. seterusnya, jumlah institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang terdapat di shah alam seperti UITM dan Unisel cawangan Selangor membuktikan keefisyenan dalam sektor pendidikan.
Seterusnya hasil kajian mendapati kebanyakkan responden mengakui bahawa hamper keseluruhan komponen ekonomi yang terdapat dalam borang soal selidik yang dibekalkan adalah pada tahap kurang efisyen. Antara bahagian yang kurang efisyen termasuklah sektor perhotelan, perkhidmatan awam, penjajaan, pelancongan dan rekreasi, peruncitan, pengangkutan antar Bandar dan dalam Bandar pengunaan ICT dan lain-lain lagi. Namun begitu, maklum balas responden yang paling dominan adalah daripada bahaian perkhidmatan awan dan pengankutan antar dan pengangkutan dalam Bandar. hal ini kerana, kebanyakkan responden mengatakan bahawa kesukaran untuk mendapat bus daripada seksyen 19 ke pusat Bandar semakin teruk. hal ini kerana, terdapat responden yang datang dari luar pusat Bandar datang bekerja ke Bandar di sekitar seksyen 1-16 yang sememangnya kawasan tumpuan ekonomi. Mereka berharap agar pihak yang terbabit membantu menyelesaikan masalah tersebut, namun begitu, hasil daripada temuramah pengarah perancang Bandar di wisma MBSA mengatakan bahawa sektor pengangkutan berada dalam lingkauan kuasa majlis yang mana masalah pengankutan di Bandar tersebut hanya akan selesai oleh pihak yang bertanggungjawab terhadap pengankutan di sana.
Selain daripada itu, secara keseluruhan juga didapati bahawa banyak responden yang memberi respon bahagian hiburan dan kehidupan malam di shah alam adalah tidak efisyen. hal ini kerana, tiada kelab-kelab malam dan sport toto di sana. Justeru, responden yang terdiri daripada golongan muda mengatakan keadaan ini tidak efisyen berlawanan dengan responden yang lebih berumur mengatakan bahawa bahagian ekonomi ini berada pada tahap efisyen. Hal ini turut diperakui oleh En. Nizam yang mengatakan bahawa Shah Alam berada di bawah polisi sultan yang tidak membenarkan hiburan diadakan di sana. Tambahan beliau lagi, hiburan yang ingin dikecapi oleh sebilangan rakyat boleh ke kawasan berhampiran shah alam seperti Selayang dan Petaling Jaya.

Seterusnya dalam kajian penyelidikan turut meliputi bahagian utility. Kebanyakkan responden bersetuju bahawa utility di Shah Alam hanya efisyen dalamsektor-sektor tertentu sahaja iaitu kemudahan pendidikan sekolah rendah dan menengah,kemudahan tabika dankemudahan agama atau rumah ibadat. Selain itu juga , medan selera di sana turut diakui pada tahap yang efisyen sebagaimana telahpun terbukti padabahagian ekonomi yang mana responden bersetuju medan selera terdapat banyak di sekitar Shah Alam terutama di kawasan komersial contohnya di Kompleks PKNS. Komponen-komponen lain di bahagian utility didapati bahawa secara puratanya semuaresponden mendapati komponen-komponen atau sector lainpada tahap kurang efisyen. Hal ini demikian menurut sebilangan responden mengatakan bahawa tumpuan pembangunan di Shah Alam seakan-akan tidak mengutamakan aspek-aspek lain. Kemudahan kawasan terbuka, taman rekreasi dan perpustakaan antara contoh utility yang masih tidak mampu menampung keperluan dan kehendak warga Shah Alam. Hal ini ditekankan oleh responden dalam golongan elajar dan remaja. Seterusnya, dalam komponen ICT pula, golongan responden tersebit juga mengatakan kurang efisyen. Hal ini demikian keran, mereka perlu ke pusat-pusat Bandar sekiranya mahu menggunakan perkhidmatan internet. Kekurangan utility tersebut lebih menjejaskan pelajar untuk menyiapkan kertas projek yang mana Shah Alam sememangnya mempunyai banyak pusat pengajian tinggi. Secara keseluruhannya, kebanyakkan responden menganggap ituliti di kawasan tersebut masih berada pada tahap efisyen kecuali bagi beberapa aspek lain.
Pada bahagian seterusnya dalam borang soal selidik yang diberi kepada responden, secara puratanya infrastuktur di Shah Alam turut berada pada tahap yang kurang efisyen. Hasil dapatan juga mendapati bahawa hanya beberapa komponen sahaja berada pada tahap efisyen. Bekalan elektrik dan air sememangnya diakui bahawa infrastuktur tersebut kerana sepanjang menetap di Shah Alam mereka tidak menghadapi sebarang masalah gangguan bekalan tersebut. Namun begitu, secara purata keseluruhan jawapan responden yang ditemui jelas menunjukkan bahawa infrastruktur yang lain yang terdapat di sana berada pada tahap yang tidak memuaskan. justeru kebanyakkan daripada mereka meletak infrastruktur jaringan jalan raya, ict, sistem pembentungan dan lain-lain lagi. Berdasarkan pendapat didapati bahawa masalah infrustuktur yang paling memberi masalah kepada sebilangan besar penduduk Shah Alam adalah tempat meletak kenderaan. Hal ini kerana, kawsan pentadbiran dan kawasan komersial berada dalam satu kawasan yang sama dan saling berdekatan. Sebagai contoh, kompleks PKNS berada sangat berhampiran dengan wisma MBSA. Selain daripada itu, terdapat kawasan rekreasi berdekatan kawsan yang sama. masalah ini menjadi rumit lantaran pengguna-pengguna kenderaan seolah-olah perlu bersaing dengan sesama mereka misalnya antara pekerja kerajaan dan pekerja kompleks itu sendiri. Malahan berdasarkan rintihan responden, apabila salah meletak kenderaan, kenderaan mereka akan ditarik oleh pihak majlis. Justeru keadaan ini meyebabkan responden mengatakan bahawa pihak tertentu perlu meneliti semula keadaan tempat meletak kenderaan yang semakain teruk. Selain daripada itu, infrastruktur system saliran menunjukkan dengan jelas bahawa berada pada tahap yang kurang efisyen berdasarkan kajian bersama responden. Hal ini terbukti berdasarkan bencana banjir yang kerap berlaku di kawasan Shah Alam sejak tahun 2006 sehingga pada tahun ini, 2008. Menurut responden, ahli mjlis ada mengatakan bahawa masalah banjir akan diselesaikan dalam masa dua minggu. Namun berdasarkan pengalaman mereka pihak majlis akan mengambil masa yang lebih daripada yang dijanjikan. Oleh yang demikian, masalah tersebut menyebabkan mereka berada dalam keadaan yang sukar pada masa bencana berlaku. Namun berdasarkan pertemuan bersama pegawai perancang Bandar yang pernah ditemui pada bulan puasa lepas, En. Nizam, beliau mengatakan bahawa masalah banjir yang pernah melanda kawasan sekitar Shah Alam sememangnya menjadi tanggungjawab pihak majilis. Namun apabila di soal mengenai punca masalah yang berlaku adakah disebabkan system saliran beliau menafikan. Justeru beliau member penjelasan bahawa punca sebenar masalah banjir adalah disebabkan daripada limpahan air sungai yang datang daripada sungai Gombak dan sungai-sungai yang berhampiran. Menurut beliau lagi, system pmbentungan telah dibuat berdasarkan piawai yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perairan Selangor. Malahan, hal-hal seperti banjir bukanlah tidak dapat diselesaikan, tetapi terdapat sesetengah hal yang berada di luar bidang kuasa majlis. Justeru kelewatan menyelesaikan masalh banjir adalah disebabkan karenah birokrasi. Secar ringkasnya beliau menjelaskan kebanyakkan masalah yang berlaku di bandaraya tersebut sukar diselesaikan dengan cepat kerana terdapat campurtangan daripada kerajaan persekutuan.

Seterusnya pada bahagian imej Bandar, hampir keseluruhan responden mengataka bahawa bandaraya tersebut berada pada tahap yang kurang efisyen. Hal ini kerana, hasil keseluruhan analisis yang dibuat membuktikan kenyataan ini. Walaubagaimana pun berdasarkan pertemuan peribadi bersama responden terdapat responden yang bersetuju bandaraya tersebut pada keseluruhan bahagian ini pada tahap yang efisyen oleh responden yang berada dalam lingkauan umur yang melebihi 35 tahun dank ke atas.
Namun begitu masih terdapat responden yang mengakui bahawa imej Shah Alam berada pada tahap yang baik. Pertemuan dengan Encik Nizam sebelumnya telah menjelaskan bahawa imej Bandar tersebut semengnya kelihatan berbeza berbanding Bandar-bandar lain. Hal ini kerana keseluruhan pembangunan yang hendak dijalankan perlu berada di bawah polisi Sultan Selangor. Dalam maksud yang lebih jelas beliau memberi contoh bangunan yang hendak dibina di Shah Alam tidak bolah melebihi tinggi kubah masjid Shah Alam iaitu symbol yang amat terkenal untuk mengenali bandaraya tersebut. Tambahan beliau lagi, perumahan yang dibina mempunyai rumah yang lebih besar dalam seksyen-seksyen tertntu. Hal ini kerana berdasarkan polisi yang dibuat oleh Sultan ialah hendak menjadikan bandaraya tersebut aman dan tenang untuk diduduki tanpa gangguan social. Oleh sebab itu, bandaraya tersebut tiada komudahan social yang menjadi tumpuan golongan remaja seperti kelab-kelab hiburan dan pusat perjudian. Selain daripada itu, menurut beliau lagi secara kasarnya penduduk Shah Alam adalah bukan penduduk asal tetapi datang daripada kawasan luar untuk menetap di Shah Alam selepas pencen sekaligus tidak apat dipastikan tingkat pendapatan penduduk di sana.
Pada bahagian pengangkutan dalam borang soal selidik yang diberi kepada responden mendapati hasil analisis secara purata keseluruhan adalah pada tahap kurang efisyen dan tidak efisyen pada komponen-komponen tertentu. Pengankutan yang berda pada tahap tidak efisyen ialah lapangan terbang dan sistem pengangkutan udara dan pelabuhan, pengangkutan kargo dan kapal persiaran. Responden meletakkan komponen-komponen tersebut pada tahap yang tidak efisyen kerana tidak pernah melihat kemajuan yang dilihat daripada komponen pengangkutan tersebut. Komponen-komponen pengangkutan yang lain seperti sistem pengangkutan antar bandar, sistem pengangkutan dalam bandar, kereta api, stesen bas dan teksi serta lain-lain yang terdapat dalam borang soal selidik berada dalam tahap yang kurang efisyen. Menurut Encik Nizam, lebuh raya yang menghubungkan kawasan Shah Alam daripada Petaling Jaya dan Subang Jaya sehingga ke pusat bandar dihubungkan dengansatu-satunya lebuhraya iaitu lebuhraya persekutuan. Selain daripada itu, pihak majlis bandaraya Shah Alam tidak berkuasa ke atas seluruh pengangkutan di Shah Alam. Justeru beliau mengatakan bahawa keadaan pengangkutan di bandar tidak dapat dipertingkatkan jika terdapat rugutan daripada warga bandaraya tersebut. Namun begitu berdasarkan pemerhatian didapati bahawa kemajuan pengangkutan antar dan dalam bandar didominasi oleh syarikat Rapid KL. Berdasarkan kajian soal selidik perkara ini turut dipersetujui oleh responden yang rata-ratanya pelajar. Selain daripada itu, tambahan responden dalam hal tersebit turut menyatakan bahawa perkhidmatan sukar didapati sekaligus tiada stesyen bas dan stesen teksi yang tetap di sana. Oleh yang demikian keadaan ini menjelaskan bahawa secara keseluruhan pengankutan di bandaraya tersebut tidak memenuhi keperluan penduduknya dan daripada penyelidikan mendapati responden lebih banyak menuding masalah ini kepada pihak majlis walhal perkara ini bukan berada dalam bidang kuasa dan tanggungjawab mereka. Walaubagaimana pun, pihak majlis berharap kuasa mereka lebih luas sehingga perkhidmatan pengangkutan namun disebabkan kekangan kewangan keadaan ini tidak dapat dilaksanakan kepada penduduknya.
Seterusnya dalam bahagian perdagangan hasil keseluruhan analisis mendapati bahawa terdapat komponen-komponen dalam bahagian tersebut berada pada tahap yang berbeza-beza. Namun begitu secara keseluruhannya mendapati bahawa perdagangan di Shah Alam berada pada efisyen dan kurang efisyen serta tidak efisyen. Hanya terdapat dua komponen dalam bahagian perdagangan yang mendapat hasil analisis pada tahap yang efisyen iaitu pusat membeli belah serta kedai pakaian dan tekstil. Hal kediaman. Hal ini kerana menurut responden terdapat psat membeli belah yang lengkap dengan barang-barang kepeluan yang hendak dibeli seperti kompleks PKNS dan Plaza Alam Sentral. Seterusnya komponen perdagangan yang berada tahap yang tidak efisyen hasil analisis keseluruhannya ialah iburan, restoran dan bar. Komponen perdagangan ini sememangnya tidak efisyen adalah kerana perdangan di bandaraya tersebut lebih tertumpu pada bahagian lain. Hal ini kerana, polisi pmbangunan yang telah ditetapkan menyebabkan hiburan kurang membangun di sana samada dalam negara atau pada peringkat internasional. Namun begitu, keupayaan penduduk untuk mendapatkan perkhidmatan perdagangan adalah pada tahap baik dan perkhidmatan yang ada adalah disediakan cukup. Hal ini dijelaskan oleh responden-responden yang ditemui. Malahan kebanyakkan daripada mereka turut berharap agar sektor ini dikembangkan dengan lebih maju lebih-lebih lagi terhadap Shah Alam yang telah diiktiraf sebagai bandaraya. Walaupun begitu pada penelitian penyelidikan kumpulan terhadap sektor ini adalah berbeza dengan pendapat responden hasil daripada sumber-sumber lain. Hal ini kerana, pada keseluruhan perkhidmatan dan beberapa komponen yang terdapat di Shah Alam adalah sangat lengkap kerana adanya komponen-komponen seperti perkhidmatan kurier dan perkhidmatan pencarian pekerjaan/tenaga kerja asing.
Dalam sektor perkilangan dalam bandaraya Shah Alam hasil analisis mendapati hampir kesemua bahagian-bahagian dalam sector tersebut pada tahap kurang efisyen pada persepsi responden. Hal in lebih menjejaskan lagi kerana terdapat juga satu bahagian dalam sector tersebut pada tahap tidak efisyen iaitu kawalan industri kecil dan sederhana. Walaubagaimana pun, responden-responden bersetuju bahawa bandaraya tersebut amat dominan dalam pertumbuhan pesat pembinaan kilang-kilang pada seksyen-seksyen tertentu khas untuk aktiviti perindustrian. Secara kasarnya, sector perkilangan turut wujud dalam kawasan pembangunan pusat Bandar iaitu daripada seksyen 17 hingga la seksyen 24. Berdasarkan pendapat beberapa responden, mereka lebih tegas dalam membincangkan tentang satu bahagian perkilangan iaitu pengambilan tenaga kerja. Hal ini kerana, pengambilan tenaga di sana menurut pandangan mereka perlu dikawal kerana pengambilan tenaga kerja asing yang lebih diberi perhatian. Justeru penduduk tempatan sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Hal ini terutama pada sector perkilangan. Berdasarkan pendapat penyelidikan hal ini sudah tentu berlaku ekoran kerajakebanyakkan kilang-kilang di sana milik syarikat asing yang mana akan mengambil tenaga kerja asing yang boleh memberi kesan kepada kos pengeluaran yang rendah. Hal ini sekaligus pengiklanan peluang pekerjaan seakan-akan tidak memberi makna kepada penduduk tempatan walaupun terdapat pengiklanan jenis tersebut. Seterusnya dalam kawalan industri kecil dan sederhana keseluruhan analisis mendapati bahagian tersebut tidak efisyen walaupun kelihatan banyak gerai-gerai kecil dalam kawasan kompleks PKNS dan Plaza Alam Sentral.
Seterusnya pada bahagian budaya pula kebanyakan reponnden menanda pada tahap yang efisyen pada borang soal selidik. Namun berdasarkan analisis yang dijalankan mendapati bahawa hampir keseluruhan komponen budaya adalah kurang efisyen dan terdapat dua komponen budaya yang tidak efisyen iaitu perkhidmatan bagi mesyuarat, insentif, konvokesyen dan pameran dan aktiviti hiburan malam. Sudah dinyatakan pada analisis sebelumnya bahawa aktiviti hiburan adalah sangat kurang dijalankan di bandaraya tersebut berdasarkan pilisi yang telah ditetapkan. Seterusnya, pada pandangan responden aktiviti mesyuarat, konvensyen dan insentif sememangnya kurang. Hal ini kerana, berdasarkan kajian mendapati bahawa tiada tempat yang khusus untuk aktiviti sedemikian. Tambahan lagi responden turut tidak dapat mengenalpasti tempat-tempat yang bersesuaian dengan aktiviti yang dinyatakan dalam borang soal selidik. Namun begitu komponen lain turut dilihat tidak begitu memuaskan kerana berada pada tahap yang kurang efisyen. Walaupun terdapat pusat membeli belah serta hotel dan pusat peranginan, namun komponen budaya tersebut hanya berada pada kawasan-kawasan tertentu sahaja. Hal ini sekaligus menjadikan bandaraya tersebut tidak begitu mendapat perhatian daripada pelancong asing dan dalam negara. Walaupun begiu, bandaraya tersebut tetap dilegkapi dengan perkhidmatan untuk melakukan aktiviti pertanian seperti taman tema dan pusat rekreasi serta bas pelancong persiaran tetapi masih kurang daripada kecekapan pelaksanaan. Tambahan pula secara keseluruhan pendapat tentang kualiti perkhidmatan pelancongan membuktikan sektor ini pada tahap yang kurang efisyen. Daripada pendapt Encik Nizam kawasan bandraya tersebut sememangnya kurang mendapat sambutan daripada pelancong asing tetapi terkenal pada pelancong dalam negara yang menginginkan kedamaian dan ketenangan melalui percutian cara orang bandar.
Perumahan di kawasan Shah Alam dari segi perumahan kos sederhana, rendah, dan mewah serta tempat meletak kenderaan berada pada tahap yang kurang efisyen hasil daripada purata pendapat responden. Malahan secara keseluruhan mendapati bahawa hampir kesemua kom[onen dalam perumahan adalah kurang efisyen. Perkara ini termasuklahkemudahan masyarakat di kawasan perumahan kualiti alam sekitar dan kepadatan perumahan srta system kawalan keselamatan perumahan. Perumahan yang dibina disekitar kawasan Shah Alam turut berdasarkan polisi sedia ada. Selain daripada itu, masih terdapat responden yang mengakui tahap efisyen bandaraya tersebut dari segi penawaran mengikut jenis rumah. Hal ini demikian keran, terdapat kawasan rumah mewah, sederhana dan rendah dalam seluruh bandaraya. Keadaan ini dapat dilihat di sekitar seksyen 2 yang ditawarkan dengan perumahan jenis mewah dan kebanyakkan diduduki oleh golongan professional serta pesara. Selain daripada penawaran perumahan jenis sederhana dapat dilihat pada sekitar seksyen 7 yang mana hampir keseluruhan kawasan tersebut diduduki oleh pelajai-pelajar pengajian tinggi seperti UITM. Berdasarkan Encik nizam, keselamatan sekitar perumahan masih berada dalam bidang kuasa majlis tetapi pada masalah-masalah tertentu seperti kawalan terhadap anjing liar dan aduan ketenteraman. Namun begitu menurut beliau lagi terdapat masalah anjing liar yang tidak dapat ditangani kerana kekurangan tenaga kerja dalam jabatan tersebut. Secara keseluruhan didapati kekurangan kecekapan perumahan di bandaraya tersebut turut menyebabkan responden memberi harapan yang tinggi kepada pihak majlis untuk mempertingkatkan kualiti perskitaran perumahan.
anali
Seterusnya pada bahagian kawalan dan keselamatan responden menunjukkan maklum yang positif terhadap balai polis dan pos polis. Namun begitu analisis keseluruhan mendapati bahawa terdapat kekurangan kecekapan dari segi pelaksanaan. Hal ini dibuktikan daripada hasil analisis yang menunjukkan kawalan maksiat, kawalan denggi dan kawalan terhadap keselamatan di kawasan perumahan adalahkurang efisyen. Hal ini kerana sudah banyak kejadian jenayah yang berlaku di kawasan sekitaran perumahan dengan mengambil contoh suri rumah di seksyen 3 mati dipercayai dibunuh. Selain daripada itu, pengalaman responden sendiri menberitahu bahawa terdapat rondaan dalam kawasan bandaraya tersebut tetapi hanya berlaku jika terdapat kes-kes yang luar biasa. Secara keseluruhanya kawalan dan keselamatan perlu dipertingkatkan lagi dalam kawasan-kawasan tertentu dengan tidak bias terhadap kawasan yang lebih mewah.

Pada tahap govermen secara keseluruhan hasil analisis mendapati terdapat kekurangan dan ketidakcekapan pelaksanaan kerajaan yang melibatkan beberapa perkara. Pada tahap ketidaefisyenan Bandar terdapat beberapa perkara yang seperti program agenda 21, majlis tindakan pelancongan, pembangunan kawasan terbiar dan pusat sehenti pelaburan. Program agenda 21 misalnya adalah tentang alam sekitar dijelaskan oleh responden bahawa kurang terdapat pelaksanaan terhadap program berkaitan alam sekitar. Selain daripada itu juga terdapat beberapa responden yang tidak mengetahui tentang maksud agenda 21 sekaligus tidak sedar tentang kewujudan program tersebut. Namun begitu, keadaan ini tidak boleh diperalahkan pada kerajaan semata-mata kerana kebanyakkan responden tidak mengambil peduli tentang hal-hal yang berkaitan pentadbiran dalam erti kata menerima semua perkara yang dilakukan oleh pihak tersebut. Pada tahap kurang efisyen daripada hasil analisis keseluruhan mendapati bahawa tindakan susulan aduan pihak berkuasa tempatan yang paling memberikan maklum balas yang banyak oleh responden. Hal ini demikian kerana, pengalaman penduduk daripada bencana banjir yang pernah melanda bandaraya kurang cekap dalam pelaksanaan penyelesaian masalah oleh pihak berkuasa. Keadaan lebih memburukkan lagi kuasa pihak berkuasa tempatan kerana pernah berjanji untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk dalam masa yng singkat. Seterusnya penglibatan awam turut mendapat hasil kurang efisyen kerana respondenkurang melihat badan-badan kerajaan yang melakukan aktiviti awam. Setrusnya pendapat terhadap kekurangan kecekapan kerajaan mendapat reaksi yang dominan kepada pengurusan sampah dan sisa kediaman. Hal ini ditujukan kepada pihak majlis kerana mereka bertanggungjawab sepenuhnya dalam memberi perkhidmatan kutipan sampah ini. Selain daripada itu terdapat komponen-komponen lain dalam perkhidmatan kerajaan yang diharapkan oleh penduduknya agar dipertingkatkan perncapaian kualiti perkhidmatan. Hal ini kerana keseluruhan perkhidmatan daripada kerajaan adalah pada tahap yang boleh menggugat kredibiliti pentadbiran di bandaraya tersebut.


Dalam kawalan bencana alam di bandaraya tersebut pula didapati bahawa hasil analisis mendapati bahawa bahagian ini juga menunjukkan ketidakcekapan pihak berkuasa tempatan serta kurang cekap dalam beberapa perkara. Hal ini terbukti daripada hasil analisis yang berdasarkan kepada bencana banjir yang pernah berlaku dalam kawasan Shah Alam. Hasil analisis mendapati bahawa kesemua komponen dalam bahagian bencana alam menunjukkan tahap yang kurang efisyen. Justeru berdasarkan keputusan penyelidikan tersebut mendpati nbahawa unsur-unsur yang menyebabkan bencana alam adalah disebabkan kekurangan kawalan terhadap kawasan dan taman hijau, kualiti air sungai yang dipenuhi oleh sampah sarap dan pengurusan sampah sarap dan sisa kdiaman yang kurang cekap menyebabkan berlakunya bencana tersebut. Selain daripada itu kempen alm sekitar dan program kitar semula turut berada pada tahap yang kurang cekap menyebabkan kemungkinan factor bencana tejadi. Malahan berdasarkan hasil analisis, penyelidikan ini sekaligus menyedari bahawa kawalan penyahutan yang kurang cekap juga impak kepada keadaan bencana tersebut. Justeru berdasarkan pendapat personal daripada responden, kajian ini turut mengenalpasti bahawa harapan penduduk di Shah Alam bukan sahaja melibatkan pentadbir, malahan turut berharap agar komponen-komponen dalam pelbagai sector dititikberatkan supaya tidak memberi impak pada masa yang akan datang.

Analisis bahagian A

Analisis Bahagian A.


Secara amnya, bilangan keseluruhan penduduk di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam adalah seramai 401581 iaitu pada tahun 2005. Bilangan penduduk ini dipecahkan kepada beberapa kategori bangsa yang terdapat di kawasan MBSA, iaitu seramai 279695 orang Melayu, 55852 orang Cina, 62163 orang India dan selebihnya adalah lain-lain kaum iaitu seramai 3871 orang. Kawasan kajian kumpulan kami adalah di kawasam Shah Alam. Kami dikehendaki menemubual seramai 45 orang responden di kawasan MBSA berkaitan dengan tahap keefisienan Bandar Shah Alam. Bilangan responden kami dibahagikan mengikut kompisisi kaum atau bangsa utama yang terdapat di sana, iaitu Melayu, Cina, India dan tidak termasuk lain-lain bangsa. Bilangan penduduk di Shah Alam keseluruhannya adalah seramai 152184 orang dengan komposisi kaum Melayu seramai 127732 orang, kaum Cina seramai 8530 orang, kaum India seramai 15401 dan lain iaitu seramai 522 orang. Bilangan responden kami dibahagikan berdasarkan kaum utama yang terdapat di Shah Alam, iaitu Melayu seramai 30 orang (66.7%), Cina seramai 7 orang(15.%) dan India seramai 8 orang (17.8%).

Daripada hasil analisis yang telah dijalankan, kami dapati bahawa kebanyakan responden yang kami pilih adalah merupakan penduduk tempatan kawasan kajian kami iaitu Shah Alam sebanyak 18 orang. Ia diikuti dengan responden yang berasal dari negeri Johor iaitu seramai 8 orang, dan Perak seramai 6 orang. Responden yang berasal dari Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan adalah seramai 3 orang dan yang berasal dari Kedah dan Terengganu adalah seramai 2 orang. Manakala responden yang berasal dari Kelantan, Pahang dan Sarawak masing-masing adalah seramai 1 orang.

Daripada data yang telah dianalisis, kami dapati bahawa kebanyakan responden kami berumur dalam lingkungan 18 tahun, 20 tahun dan 22 tahun iaitu seramai 5 orang. Ia diikuti dengan responden yang berumur 21 tahun iaitu seramai 4 tahun. Seramai 3 orang responden kami berumur antara 23 tahun, 25 tahun dan 27 tahun. Manakala seramai 2 orang responden kami berada dalam lingkungan umur antara 24 tahun, 26 tahun, 35 tahun, 43 tahun dan 50 tahun. Dan selebihnya adalah responden yang berumur antara 19 tahun, 28 tahun, 36 tahun, 38 tahun, 39 tahun, 40 tahun dan 52 tahun.

Tahap pendidikan tertinggi responden kami pula ialah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/MCE) iaitu seramai 22 orang atau 48.9%. Manakala tahap pendidikan kedua tertinggi ialah Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM/HSC) iaitu seramai 8 orang (17.8%) diikuti tahap pendidikan diploma mencatat seramai 7 orang (15.6%). Seterusnya ialah peringkat Ijazah Pertama mancatatkan jumlah seramai 4 orang (8.9%). Penduduk yang berpendidikan tahap Penilaian Menengah Rendah (PMR) hanya seramai 3 orang (6.7%). Jumlah terendah ialah penduduk yang tidak bersekolah iaitu seorang sahaja (2.2%). hal ini menunjukkan tahap pendidikan yang semakin meningkat di Shah Alam.

Daripada data yang telah dianalisis, kami dapati bahawa kebanyakan responden kami tinggal di Shah Alam iaitu seramai 29 orang. Ia diikuti dengan responden yang tinggal di Klang iaitu seramai 10 orang. Seramai 2 orang responden tinggal di Subang dan selebihnya tinggal di Kajang, Kelana Jaya, Kuala Lumpur dan Puchong

Kebanyakan mereka sudah lama menetap di kawasan tempat tinggal mereka selama 1 tahun iaitu seramai 1 orang. Manakala seramai 6 orang responden yang sudah menetap di kawasan kediaman selama 2 tahun. Ia diikuti dengan 4 orang responden yang sudah menetap di kawasan kediaman antara 3 tahun, 8 tahun dan 20 tahun. Seramai 2 orang responden yang telah menetap di kawasan kediaman antara 4 tahun, 18 tahun dan 22 tahun.Selebihnya pula merupakan responden yang menetap di kawasan kediaman antara 5 tahun, 6 tahun, 9 tahun,10 tahun, 16 tahun,21 tahun, 23 tahun, 26 tahun, 30 tahun, 32 tahun dan 36 tahun.

Daripada analisis yang telah diperoleh, kami dapati bahawa kebanyakan responden kami bekerja dalam organisasi swasta iaitu sebanyak 28 orang. Manakala sebanyak 7 orang responden yang bekerja secara persendirian dan sebanyak 2 orang bekerja dengan organisasi kerajaan. Seramai 1 orang yang bekerja dengan organisasi pelancongan dan di kawasan PKNS. Manakala selebinhya iaitu sebanyak 2 orang responden adalah merupakan pelajar di UITM Shah Alam.Bagi data analisis pendapatan bulanan responden, seramai 6 orang responden mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM 600 dan tiada pendapatan. Manakala, seramai 4 orang yang mempunyai pendapatan antara RM1200 dan RM1500. Seramai 3 orang yang mempunyai pendapatan bulanan antara RM900,RM1000,RM3000 dan RM5000. 2 orang responden pula mempunyai pendapatan bulanan antara RM700,RM1800 dan RM2000. Manakala selebihnya mempunyai pendapatan bulanan antara RM550,RM600,RM1400,RM2500,RM6000 dan RM8000.

Dalam analisis tempat kerja responden, kami dapati bahawa kebanyakan responden kami bekerja di kawasan Plaza Alam Sentral iaitu seramai 11 orang. Manakala 11 orang responden bekerja di kawasan Kompleks PKNS iaitu seramai 11 orang. Seramai 8 orang responden bekerja di Shah Alam, 4 orang tiada tempat pekerjaan akibat bekerja sendiri. Manakala selebihnya bekerja di Kedai Kasut, kawasan Kajang, Klang Lama,KLIA,Meru,sekitar Selangor,Serdang,dan Sunway Piramid. Manakala 2 orang responden kami merupakan pelajar UITM Shah Alam. Tempoh bekerja bagi kebanyakan responden kami bekerja selama 1 tahun iaitu seramai 9 orang. Manakala seramai 5 orang responden bekerja antara 2 tahun ,3 tahun dan 5 tahun. Seramai 3 orang responden bekerja selama 5 bulan. Manakala seramai 2 orang responden bekerja dalam masa 6 bulan, 4 tahun dan 6 tahun. Selebihnya bekerja antara 1 bulan, 19 bulan, 7 tahun, 8 tahun, 10 tahun, 20 tahun dan 24 tahun.

Daripada analisis yang telah dibuat bagi bahagian pasangan responden, kami dapati kebanyakan responden yang kami pilih tidak mempunyai pasangan yang bekerja iaitu sebanyak 41 orang. Manakala bagi pasangan responden yang bekerja dalam masa 1 minggu, 4 tahun, 8 tahun dan 15 tahun, rata-rata adalah seramai 1 orang sahaja.
Manakala, bagi jenis pekerjaan pasangan responden kami adalah sebagai cikgu, pegawai, perunding perkahwinana dan teknikal. Bagi analisis untuk organisasi pekerjaan pasangan responden kami, kami dapati seramai 2 orang pasangan bekerja dalam organisasi kerajaan dan selebihnya bekerja secara rakan kongsi dan swasta. Bagi analisis untuk organisasi pekerjaan pasangan responden kami, kami dapati seramai 2 orang pasangan bekerja dalam organisasi kerajaan dan selebihnya bekerja secara rakan kongsi dan swasta. Dalam analisis yang diperoleh daripada tempat kerja pasangan responden kami, kami dapati bahawa kebanyakan pasangan responden kami bekerja sendiri di rumah dan selebihnya di kawasan Kajang, Sungai Buloh dan Toyota.

bahagian b (online)










Secara keseluruhannya, untuk tahap keefisienan perkhidmatan online di Shah Alam, kami dapati bahawa hampir keseluruhan responden berpendapat bahawa tahap perkhidmatan secara online di Bandaraya Shah Alam adalah masih berada di tahap yang kurang efisien. Ini kerana hanya aspek-aspek seperti aduan kepada ahli majlis, penggunaan perkhidmatan E-pusara dan manggunakan perkhidmatan untuk mencari maklumat sewa berada pada tahap yang tidak efisien. Melalui temubual dengan responden, mereka menjelaskan bahwa mereka lebih selesa menggunakan kaedah manual untuk urusan-urusan yang berkaitan dengan pihak kerajaan contohnya seperti semakan-semakan bil-bil utiliti. hal ini mungkin faktor kurangnya pendedahan mengenai perkhidmatan yang diwujudkan oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk kesenangan penduduk di sekitar Shah Alam. Kesimpulannya, pihak MBSA perlu meningkatkan usaha untuk memastikan penduduk sekitar peka dengan perkembangan ICT di dalam kehidupan seharian penduduk Shah Alam

bahagian b (governan)










bahagian b (alam)









bahagian b (budaya)